Bidang fotografi merupakan salah satu kemahiran kreatif yang saya minati dan saya jadikan sebagai sebahagian daripada kandungan dalam portfolio ini. Semua gambar yang dipaparkan telah diambil sendiri menggunakan teknik dan sudut penggambaran yang berbeza bagi menghasilkan komposisi yang menarik serta berkualiti. Saya turut memberi perhatian terhadap pencahayaan, fokus, keseimbangan warna dan susunan objek agar setiap gambar mampu menyampaikan suasana serta mesej tertentu kepada penonton. Selain itu, saya juga mempelajari cara menghasilkan mood dan identiti visual melalui proses penyuntingan gambar. Untuk proses color grading dan suntingan, saya menggunakan aplikasi Snapseed kerana aplikasi ini mudah digunakan dan mempunyai pelbagai fungsi yang membantu meningkatkan kualiti gambar seperti pelarasan warna, kontras, kecerahan dan ketajaman imej. Melalui pengalaman dalam bidang fotografi ini, saya dapat meningkatkan kreativiti, kemahiran teknikal serta keyakinan dalam menghasilkan karya visual yang lebih menarik, profesional dan berkualiti tinggi.